salam ukhwah (=

HAWA part(=

Wahai Hawa, kenapa...
engkau tidak pernah menghargai nikmat Iman dan Islam? Kenapa...
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? Kenapa...
masih segan mengamalkan isi-kandungan-Nya? dan kenapa...
masih was2 dalam mematuhi perintah-Nya?

Tapi Hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu...kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHANA!

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu..hanya semata2 kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya..tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH..dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu..kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu... Sementara engkau masih bisa melihat mereka di dunia...


MUTIARA KALAM

" Jadikan Al-Quran itu surat cintamu.. Jadikan solat itu penghubung dengan Tuhanmu... Jadikan zikir itu kerinduanmu... dan jadikanlah mati itu Pertemuan Pertama dengan kekasihmu.."

jAuhi zina Hati

Zina ada bermacam-macam jenis & peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dgn perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dgn kekasih sptmana yg dnyatakan o Rasulullah: “ kedua-dua tgn juga berzina & zinanya adlh mnyentuh kedua kakinya dan zinanya adlh bjalan (menuju tmpt pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya adlh ciuman. (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln dan lorong menuju kpd penzinaan amat byk. Jgn biarkan diri kita berada atau melalui mana2 jln atau lorong yg boleh membawa kpd penzinaan.

TIPS/PANDUAN ATASI ZINA HATI
Ikhlas kpd Allah. Jika kt ikhlas kpd Allah, Allah akn menolong kt drpd penyakit kerinduan melalui cara yg x pernah terdetik di hati.

Doa. Mengundang rasa fakir dan rendah diri di hdpn Allah. Berdoalah spya pkara itu dpt dilupakan sedikit demi sedikit.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yg berulang2 adlh suis penting menyalakan api rindu. Org yg memandang dgn sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Bernikah dan membina rumahtangga. Adalah langkah paling baik. Inilah lorong yg paling mudah dan baik utk mengelakkan zina hati.

Berkata ulama terdapat 9 perkara yg boleh meng’islah (ubah)kan hati:

1. Membaca al-Quran dgn tadabbur & memahami maknanya.
2. Mengosongkan perut dgn mengurangkan makan.
3. Bangun malam dgn beribadat.
4. Bermunajat pada waktu sahur.
5. Berdamping dgn org soleh.
6. Diam drpd perkara2 x bermanfaat.
7. Uzlah drpd org jahil.
8. Jgn selalu bersama mereka (org jahil).
9. Makan benda halal.