salam ukhwah (=

Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku =)


Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan:

“Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”


Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)

Masih ada waktu



Buat dia yang bernama Hati




Duhai hati |


Sabarmu melebihi segala isi dunia,


Walaupun kau hanya satu,


Satumu menjadi rebutan kegelojohan nafsu..


 


Duhai hati |


Kutahu apa yang kau rasakan,


Rasa yang tak akan mengerti keadaan,


Yang dulu suci tika ini disakiti.


 


Duhai hati |


Kutahu kau ingin kembali,


Kembali meraih rasa kasih sang Pemilik hati,


Rasa yang tak pernah sama,


Rasa yang kunanti sejak lama.


 


Duhai hati |


Jika kau pasti dia milikmu di suatu hari,


Cuba buktikan kepastianmu itu di bulatan dunia,


Percayalah, saat itu dirimu sakit memikirkan ajal yang mungkin tiba,


Saat itu, hanya Dia kau nanti.


 


Duhai hati |


Kutagih dirimu dalam berjalan menuju DIA,


Kutagih dirmu lebih dari segala-galanya,


Kerna kutahu, kau begitu bermakna dalam diriku yang kini alpa,


Kau nadiku, kau juga jantungku,


Kau hati yang PASTI.


 


Duhai hati |


Kumohon padamu, kembali pada fitrahmu,


Fitrah dalam menghadap cinta Tuhanmu,


Lupakan segenap isi dunia demi cinta selamanya,


Kerna kutahu ada rasa yang pasti buat Dia.


 


Duhai hati |


Parcaya padaku, kau mampu,


Kegagahan itu milikmu,


Kupasti menunggu saat itu,


Hingga kau merasa dalam rasa cinta yang sebenar itu.



Make me strOng




Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.



Fokus kpd Allah, Allah akan mengurus dgn sempurna segalanya.

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami)."
(Ali 'Imran: 173)