salam ukhwah (=

Muhammad SAW


Seorang role model yg paling tinggi, melangkaui segala kebijaksanaan dan kematangan manusia... Mercu yang berkilauan di dlm ufuk kegelapan, lorong kejahilan....walaupun zaman silih berganti, masa datang dan pergi, manusia pasti akn mendapati di dalam keperibadian Muhammad SAW suatu contoh yg cukup SEMPURNA, tauladan yang amat baik, seolah2 menara yg memberi petunjuk..


Sollu 'ala Muhammad.

Syiar: Allah Matlamat kami

"Allah matlamat kami"..perkataan yang cukup selesa meniti dibibir kita.. Namun apa erti sebenar syiar ini?? Syiar yang menyeru Allah sebagai matlamat kita?!

Bismillahirahmanirahim...

Syiar ini sebenarnya adalah:

1. Kamu mengikhlaskan bagi Allah di dalam setiap percakapan dan perbuatan, setiap ibadah dan juga jihad. Itu yang dimaksudkan Allah itu matlamat kita. Sehinggalah Allah menerima kita di dalam hambaNya yang mukhlisin, dan menjadi syiar yang kita ulang2kan pd setiap waktu dan tempat:

"Sesungguhnya solatku, ibadahku hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."




"Tiada sekutu bagiNya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri kepadaNya." (al-An'am: 162-163)


2. Hendaklah kamu beri'tikad di dalam lubuk hati kamu; bahawa syariat Allah itulah petunjuk, penyelamat, sempurna lagi kekal abadi..... Dan apa yg selainnya yg terdiri dpd sistem2 dunia, undang2 manusia adlh sesat, celaka dan jahiliyah.


(al-Maidah:49-50)

3. Hendaklah kamu berserah, penyerahan yg cukup sempurna, kpd setiap arahan yg diperintahkan Allah SWT dan setiap larangan yg ditegahNya.... kerana ini adalah tuntutan Iman dan Ubudiyah kpd Allah. Hanya Allah sahajalah hak untuk bertindak di dlm urusan makhlukNya mengikut kehendakNya. Dia telah meletakkan setiap sesuatu pd tempatnya yg bersesuaian dgnnya, mengikut bntuk yg akn membawa kpd terlaksananya maslahat dan tertolaknya kerosakan...

4. Hendaklah kamu meyakini dari dasar hatimu bahawa Allah adalah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia jugalah Yang Maha Memuliakan dan Maha Menghinakan, Yang Maha Memberi Manfaat, Membawa Mudarat, Yang Maha Pembentang Rezeki dan Maha Menyempitkan.... Di tanganNyalah perbendaharaan sgla sesuatu, Dia Maha Berkuasa dia tas setiap sesuatu.

Oleh yang demikian, kita perlu meredhai QadarNya di dalam setiap perkara yg datang dan berlaku, serta kita perlu bersabar di atas hukumNya pd setiap ujian dan musibah. Cukuplah buat kita, kita meletakkan di hadapan mata kita firman Allah: al-Baqarah: 155-157.

5. Dan yg terakhirnya, tidak mungkin kita dpt melaksanakan syiar "Allah matlamat kami" kecuali dengan kita menjadikan redha Allah SWT dan takut kepadaNya sebagai target dan matlamat kita. Tanpa mengira adakah manusia akn redha kepada kita ataupun mereka marah, adkh mereka akn memuji kita ataupun mencela, adkh mereka akn berpaling menggalkan kita ataupun menerima kita?


"Allah dan RasulNya itulah yg lebih patut mereka cari keredhaannya jika benar mereka adalah org2 yg mukmin." (at-Taubah:62)

"Dan barangsiapa yang mencari keredhaan Allah dgn perkara yg menyebabkan manusia marah, Allah akn mencukupkannya daripada bergantung kepada manusia. Dan barangsiapa yg mencari keredhaan manusia dengan perkara yg menyebabkan kemurkaan Allah, Allah akn menyerahkan segala urusannya kpd manusia".  - Tirmizi, Abu Nuaim


:::::Sehingga Para PEMUDA Mengerti:::::