salam ukhwah (=

Setia

ALLAH.
Setahun bukan masa yang sekejap.

UjianMu mengujiku.
Ku pinta fatwa dari hatiku... namun kadang kala ia tersasar berada dalam nada tidak sedar terhadap Engkau.
Bantu aku Ya Allah.

Bersederhana.
Kalau tidak mahu manisnya hilang.

Bila hati rasa tak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud2 yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stereng. Ample said.

Banyak benda harus dibincangkan? ya, berbincanglah dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah dan sunnatullah.... Tenangkan diri dgn doa dan solat.
InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau dia, tetap dia. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.



Penyakit Hati

Dalam kehidupan seharian kita pasti akan ada yang tak sengaja melukai hati kita. Istighfar wahai hati.. kerana saat itu Allah sedang mengujimu untuk didik agak kamu lebih kuat. Salimatul sadri (lapangkanlah dada, jgn marah). Setiap manusia ada kekurangannya. Dan kita harus sedar, kita tak boleh meletakkan orang lain sama seperti kita. Doa buat dia dan kita, agar kita saling berkasih atas cinta dan rahmat DIA.

Karma will happen anyways, don't bother getting mad. 
I love all people besides me.


Taubat

Kadang-kadang kita mula sedar bila mana Allah jentik hati kita agar berpijak di bumi yang nyata.  Bukan kerana dunia semata, tapi kerana dosa yang mengaburi perjalanan kita ke Syurga-Nya.
Hati kering. Tandus. Dek kerana hilangnya malu kita pada DIA. Allah Allah Allah. 


"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada tuhan yang pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa, kecuali Engkau." 
(HRAbuDaud,Nasa'i,IbnuMajah,Hakim)


Astaghfirullahalazhim.

2 am.
Johor Bahru.