salam ukhwah (=

Buatmu...


KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.


ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

- Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

- Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

- Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

- Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

- Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Cinta Allah (。♥‿♥。)

Katakanlah," Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa (kecuali dosa syirik) semuanya.
Sungguh, Dia-lah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya
sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu (al-Quran)
dari Tuhan-mu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu
tidak menyedarinya,

agar jangan ada orang mengatakan, " Alangkah besar penyesalanku
atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah,
dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
memperolok-olokkan (agama Allah)",

(az-Zumar; 53-56)

Rindu Sapaan

Firman Allah, " Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi org yg sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah byk2 dlm masa senang dan susah".
(al-ahzaab: 21)


Syukran buat temanku...

terasa akan kekhilafan diri sendiri...Ya Allah..
kemanisan akn cintaMu masih terlalu jauh rasanya....

Teman: Ikhlaskan semuanya dan dekati Allah S.W.T...
agar tunduk dsaat lain angkuh, agar teguh dsaat lain runtuh...
Moga dirimu menjadi pejuang yg Tabah dlm menghadapi Dunia yg penuh dgn
pancaroba ini...salam ukhwah fillah abadan abada...

InsyaALLAH...temanku....

perasaan gusar smkin hari smkin meruntun jiwaku...
khusyukkah aku selama beribadat kpdMu?
ikhlaskah aku?

sememangnya....keikhlasan adlh satu rahsia dlm rahsiaMu..Ya Allah.....

Namun, apakan dayaku....
aku hanya mampu terus merintih akan belas kasihMu.......hidayahMu...
agar aku trus istiqamah dlm tarbiyah & jihad di jlnMu....

insyaAllah...

TANDA2 KUBRA KIAMAT

1. MATAHARI TERBIT DARI ARAH BARAT
Terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya binatang yang pandai bercakap. Kini matahari terbit dari sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur pula.

2. MUNCULNYA IMAM AL-MAHDI
Beliau adalah keturunan Rasulullah s.a.w. Namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Akhlaknya dan budi pekertinya menyerupai akhlak Rasulullah. Demikian juga bentuk leher , dahinya, dan mancung hidungnya. Beliau memerintah dunia ini dengan adil dan saksama, menghapuskan segala kezaliman penganiyaan. Beliau mengembalikan syariat Islam, menegakkan sunnah Rasulullah, agama Islam akan tegak semula di muka bumi ini. Kedudukan beliau amat berkuasa dan kuat, suasana aman dan damai, adil dan bahagia, harta kekayaan negra dibahagikan sama rata di seluruh negara. Beliau bersama-sama Nabi Allah Isa a.s. akhirnya berjaya membunuh Dajjal. Beliau berada di bumi memerintah dunia selama 7 tahun.

3. KELUARNYA AL-MASIH DAJJAL
Al-Masih Dajjal ertinya ahli dusta dan penipu besar. Dajjal menyembunyikan dan mengubah perkara2 yang benar dgn perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya.

4. TURUNNYA NABI ALLAH ISA ALAIHISSALAM
Ketika itu Dajjal bermaharajalela. Nabi Isa telah membunuh dajjal tersebut dan menjadi hakim (raja) yang adil dan jujur memerintah dunia ini. Beliaulah yang akan memusnahkan salib org Kristian dan membunuh babi2.

5. KELUARNYA BANGSA YAJUJ DAN MA'JUJ
Kaum ini pernah muncul pada zaman Raja Zulkarnain tetapi dipenjarakan oleh baginda dengan tembok besi yang tebal dan tinggi. Di dalam dinding tembok itulah mereka terkurung. Apabila hampir hari kiamat, tembok itu akan roboh, lalu kedua-dua kaum itu akan merosakkan dunia.

6. TIMBUL ASAP SELURUH BUMI
Setelah Yajuj dan Ma'juj mati lalu timbul pula asap di seluruh bumi ini. Asap ini mengenai orang mukmin lalu mereka semacam terkena penyakit selsema. Tetapi jika terkena orang kafir dia akan menjadi mabuk terhoyong-hayang dan asap itu akan keluar dari hidungnya, matanya, telinganya dan duburnya.

7. ROSAKNYA KAABAH BAITULLAH
Ia dirosakkan oleh sekumpulan bangsa Habsyi. Lalu diikuti oleh kawannya mencungkil batu2 Kaabah dan dibuangnya ke dalam laut.

8. HILANGNYA TULISAN AL-QURAN
Hilangnya tulisan al-Quran dari mashaf dan daripada hati umat Islam. Erti ayat suci al-Quran sudah hilang tulisannya dan hilang dari ingtan org Islam.

9. PENGHUNI DUNIA TIADA LAGI YANG BERIMAN
Pada masa itu semua org yang ada ialah kafir. Selama dunia masih didiami oleh orang yang beriman, selagi di dunia masih ada lagi orang yang menyebut nama Allah, maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat.


Renungan~


"Wahai hambaKu!
Aku tidak ciptakan kamu untuk mengubati kesunyianKu.
Bukan untuk meramaikan bilangan kamu.
Bukan untuk meminta pertolongan melakukan sesuatu
yang tidak mampu Aku lakukan sendiri.
Bukan untuk meraih apa-apa keuntungan atau
menolak kemudaratan.
Aku ciptakan kamu hanya supaya kamu lama beribadah
dan banyak berzikir kepadaKu,
dan bertasbih kepadaKu
pagi dan petang.."

(Hadis Qudsi)

Sajak Aminah Qutb


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.


Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.


Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.


* Aminah Qutb merupakan adik perempuan kpd tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.