salam ukhwah (=

Ego Dengan Ilmu

"Saya hendak belajar ilmu membersihkan hati," kata seorang ulama besar kepada seorang ahli sufi.

"Tuan sudah banyak ilmu. Saya di sini hanya mengajar sekadarnya,"ujar ahli sufi secara terus terang.
"Betul, saya ingin belajar zawiyah tuan ini. Saya ingin menghilangkan rasa takbur."
"Pengajaran saya tidak menggunakan kitab..."perlahan ahli sufi berkata.

"Mana boleh belajar tanpa kitab? Tuan tidak tahu tentang itu?" ujar ulama besar itu.

"Orang yang memang tinggi ilmunya semacam tuan, tidak perlu lagi belajar melalui kitab."

"Setahu saya sesiapa sahaja belajar perlu berkitab,"kata ulama besar itu. Serban besar dan jubah indahnya bergeser ditiup angin.

"Baiklah, apa itu takbur?" tanya ahli sufi seakan menguji.

"Apabila merasakan diri sendiri yang terbaik, memandang hina orang lain dan menolak kebenaran,"jawab ulama besar itu dgn yakin. Ilmu-ilmu yg seakan sudah berada di hujung jarinya.

"Tuan sudah mahir asas ilmu takbur."

"Tetapi saya ingin membuang rasa takbur.."

"Benarkah tuan ingin membuang takbur?"

"Itulah tujuan asal saya datang ke sini."

"Kalau begitu buang serban dan jubah tuan dahulu. Dan ambil mangkuk kosong ini dan mengemislah di tempat tuan mengajar,"kata ahli sufi.

"Apa? Mengemis? Mengemis itu bukankah kerja hina?"

"Tujuan mengemis ini bukan kerana malas atau meminta belas ihsan manusia,"kata ahli sufi itu hanya tersenyum.

"Sambungnya, "Tuan perlu mengemis untuk menghilangkan ego. Supaya terasa hina di hadapan manusia setelah selama ini tuan dikenali sebagai ulama besar!"

"Oh, saya tak mampu. Saya datang ke sini untuk belajar ilmu yang lebih tersirat. Saya ingin menelaah kitab2 yang hebat dan tinggi."

"Oh, saya tidak mengajar kitab2 spt itu. Saya hanya belajar mengamalkan ilmu yang telah kita sama2 ketahui."

"Jadi tuan tdk sngguplah mngajar saya?"

"Tidak, ttpi tuanlah yg tidak sggup belajar dpd saya!"


Pengajaran:
Ada org yg sombong dgn ilmunya. Namun ilmu itu tdk lebih hnya hafalan kata2 dan terisi di dlm akal semata-mata. Org melihatnya hebat, ttpi hatinya penuh dgn karat ego apabila merasakan dirinya lebih baik dan alim dpd org lain.


Wallahu'alam.