salam ukhwah (=

Rasul sebagai Suami

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Al-kisah....

Ketika seorang isteri sedang terlantar sakit, entah macam mana butang baju yg hendak dipakai si suami tertanggal. Isteri masih baring kesakitan. Hendak dikejutkan tidak sampai hati. Tetapi si suami tidak perasan langsung di mana si isteri letakkan alat2 menjahit. Di mana jarum? Benang? Barulah si suami sedar betapa kerja2 kecil begitu telah tidak diendahkan, kononnya sibuk dengan kerja2 besar.....


Cuba kita lihat pd diri Rasulullah itu sendiri,,

Pada ketika tertentu, kau jahit sepatumu yang robek dan bajumu yang koyak. Ah, tidak dapat dibayangkan betapa Rasul pilihan itu menjadi semakin luar biasa apabila membuat kerja2 yang biasa. Kerja yang tidak mungkin dilakukan oleh seorang presiden ataupun raja. Selalu kau mengingatkan dirimu; kau hanya anak yatim.


Didengari pula kisah seorang suami sanggup menceraikan isterinya dengan talak 3 hanya kerana isterinya enggan memasak untuknya pada siang hari bulan puasa. Oh, betapa jauhnya peribadi umat hari ini dengan akhlak Rasulullah. Kita (para suami) pun pernah tarik muka apabila isteri mengatakan nasi belum masak atau masakan yang disukai tidak disediakan olehnya. Misalnya, kita minta dibuat kari, dibuatnya gulai lemak. Itu pun sudah merajuk.

Sedangkan Rasulullah, ketika bertanyakan isteri, "Apakah ada apa-apa makanan pada hari ini?"

Kau diberitahu tidak ada apa-apa yang boleh dimasak, lalu kau katakan, hari itu kita berpuasa...Kau tega seadanya. Syukur ketika berbuka dan sabar ketika berpuasa!

Betapalah pula agaknya reaksi kita kalau dikatakan makanan langsung tiada. Bolehkah kita menjawab seperti Rasulullah, hari ini berpuasalah kita?


Ya Allah, benar-benar hebat kekasihMu Rasulullah, bukan sahaja atas keunggulannya mentadbir dan mengurus negara, tetapi menguruskan hal-hal remeh dalam rumah tangga. Rasulullah telah membuat kerja-kerja yang kecil dengan jiwa yang besar. Tanpa mengira tempat, masa dan siapa Baginda. Hakikat itu mengingatkan penulis pada makna ungkapan yang pernah dibacanya:

"Show me a man who cannot bother to do little things and I'll show you a man who cannot be trusted to do big things."


Apabila sekali-sekala kita balik lewat malam, mungkin kerana byk kerja, bagaimana reaksi kita kalau isteri lambat buka pintu?

"Kenapa lambat?"
"Ingatkan abang balik esok."
"Tapi tak kan tak dengar, abang bagi salam berkali-kali tadi."
"Maaf, maaf, maaf ya bang...."
"Itulah, lain kali peka sikit. Bukan apa, abang letih, mengantuk, kaki lenguh, badan sakit-sakit. Tak kan itu pun awak tak boleh nak faham?"
"Maaf bang, maaf ya bang....."

Begitulah dialog antara suami isteri selalunya. Berkali-kali si isteri memohon maaf. Si suami rasa dialah benar. Terpaksa isteri memujuk, itu pun sudah dikira baik. Padahal Rasulullah tidak begitu. Baginda yang rasa bersalah kalau pulang lewat malam. Tidak mengejutkan isterinya yang telah nyenyak tidur di dalam rumah. Rela Baginda tidur di luar; di hadapan pintu. Masih adakah suami yang sebegitu pada hari ini?


Kaulah insan tebaik melayan wanita. Dengan kerendahan hati, dengan keterbukaan fikiran, dengan kelembutan perasaan, kau luruskan wanita yang bagaikan "tulang rusuk" yang bengkok. Terlalu seni, tanpa calar, tanpa gurisan. Benarlah, a great man always willing to be little!


Cakaran dr coretan Pahrol Mohd Juoi..
Bukan sekadar cakaran semata-mata,, tetapi untuk diratapi bersama :)

Wallahua'lam