salam ukhwah (=

Taubat

Kadang-kadang kita mula sedar bila mana Allah jentik hati kita agar berpijak di bumi yang nyata.  Bukan kerana dunia semata, tapi kerana dosa yang mengaburi perjalanan kita ke Syurga-Nya.
Hati kering. Tandus. Dek kerana hilangnya malu kita pada DIA. Allah Allah Allah. 


"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada tuhan yang pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa, kecuali Engkau." 
(HRAbuDaud,Nasa'i,IbnuMajah,Hakim)


Astaghfirullahalazhim.

2 am.
Johor Bahru.