salam ukhwah (=

Cinta Allah (。♥‿♥。)

Katakanlah," Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa (kecuali dosa syirik) semuanya.
Sungguh, Dia-lah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya
sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu (al-Quran)
dari Tuhan-mu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu
tidak menyedarinya,

agar jangan ada orang mengatakan, " Alangkah besar penyesalanku
atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah,
dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
memperolok-olokkan (agama Allah)",

(az-Zumar; 53-56)

Rindu Sapaan

Firman Allah, " Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi org yg sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah byk2 dlm masa senang dan susah".
(al-ahzaab: 21)


Syukran buat temanku...

terasa akan kekhilafan diri sendiri...Ya Allah..
kemanisan akn cintaMu masih terlalu jauh rasanya....

Teman: Ikhlaskan semuanya dan dekati Allah S.W.T...
agar tunduk dsaat lain angkuh, agar teguh dsaat lain runtuh...
Moga dirimu menjadi pejuang yg Tabah dlm menghadapi Dunia yg penuh dgn
pancaroba ini...salam ukhwah fillah abadan abada...

InsyaALLAH...temanku....

perasaan gusar smkin hari smkin meruntun jiwaku...
khusyukkah aku selama beribadat kpdMu?
ikhlaskah aku?

sememangnya....keikhlasan adlh satu rahsia dlm rahsiaMu..Ya Allah.....

Namun, apakan dayaku....
aku hanya mampu terus merintih akan belas kasihMu.......hidayahMu...
agar aku trus istiqamah dlm tarbiyah & jihad di jlnMu....

insyaAllah...

TANDA2 KUBRA KIAMAT

1. MATAHARI TERBIT DARI ARAH BARAT
Terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya binatang yang pandai bercakap. Kini matahari terbit dari sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur pula.

2. MUNCULNYA IMAM AL-MAHDI
Beliau adalah keturunan Rasulullah s.a.w. Namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Akhlaknya dan budi pekertinya menyerupai akhlak Rasulullah. Demikian juga bentuk leher , dahinya, dan mancung hidungnya. Beliau memerintah dunia ini dengan adil dan saksama, menghapuskan segala kezaliman penganiyaan. Beliau mengembalikan syariat Islam, menegakkan sunnah Rasulullah, agama Islam akan tegak semula di muka bumi ini. Kedudukan beliau amat berkuasa dan kuat, suasana aman dan damai, adil dan bahagia, harta kekayaan negra dibahagikan sama rata di seluruh negara. Beliau bersama-sama Nabi Allah Isa a.s. akhirnya berjaya membunuh Dajjal. Beliau berada di bumi memerintah dunia selama 7 tahun.

3. KELUARNYA AL-MASIH DAJJAL
Al-Masih Dajjal ertinya ahli dusta dan penipu besar. Dajjal menyembunyikan dan mengubah perkara2 yang benar dgn perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya.

4. TURUNNYA NABI ALLAH ISA ALAIHISSALAM
Ketika itu Dajjal bermaharajalela. Nabi Isa telah membunuh dajjal tersebut dan menjadi hakim (raja) yang adil dan jujur memerintah dunia ini. Beliaulah yang akan memusnahkan salib org Kristian dan membunuh babi2.

5. KELUARNYA BANGSA YAJUJ DAN MA'JUJ
Kaum ini pernah muncul pada zaman Raja Zulkarnain tetapi dipenjarakan oleh baginda dengan tembok besi yang tebal dan tinggi. Di dalam dinding tembok itulah mereka terkurung. Apabila hampir hari kiamat, tembok itu akan roboh, lalu kedua-dua kaum itu akan merosakkan dunia.

6. TIMBUL ASAP SELURUH BUMI
Setelah Yajuj dan Ma'juj mati lalu timbul pula asap di seluruh bumi ini. Asap ini mengenai orang mukmin lalu mereka semacam terkena penyakit selsema. Tetapi jika terkena orang kafir dia akan menjadi mabuk terhoyong-hayang dan asap itu akan keluar dari hidungnya, matanya, telinganya dan duburnya.

7. ROSAKNYA KAABAH BAITULLAH
Ia dirosakkan oleh sekumpulan bangsa Habsyi. Lalu diikuti oleh kawannya mencungkil batu2 Kaabah dan dibuangnya ke dalam laut.

8. HILANGNYA TULISAN AL-QURAN
Hilangnya tulisan al-Quran dari mashaf dan daripada hati umat Islam. Erti ayat suci al-Quran sudah hilang tulisannya dan hilang dari ingtan org Islam.

9. PENGHUNI DUNIA TIADA LAGI YANG BERIMAN
Pada masa itu semua org yang ada ialah kafir. Selama dunia masih didiami oleh orang yang beriman, selagi di dunia masih ada lagi orang yang menyebut nama Allah, maka selagi itulah dunia ini masih belum kiamat.


Renungan~


"Wahai hambaKu!
Aku tidak ciptakan kamu untuk mengubati kesunyianKu.
Bukan untuk meramaikan bilangan kamu.
Bukan untuk meminta pertolongan melakukan sesuatu
yang tidak mampu Aku lakukan sendiri.
Bukan untuk meraih apa-apa keuntungan atau
menolak kemudaratan.
Aku ciptakan kamu hanya supaya kamu lama beribadah
dan banyak berzikir kepadaKu,
dan bertasbih kepadaKu
pagi dan petang.."

(Hadis Qudsi)

Sajak Aminah Qutb


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.


Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.


Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.


* Aminah Qutb merupakan adik perempuan kpd tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

シ-----------------------シ

Bismillahirahmanirahim....

~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."


1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah..

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Cinta Sejati~




Jadikan diri anda sebagai wali dan kekasih Allah agar anda mendapat kebahagiaan. Org yg paling berbahagia adlh org yg menjadikan tujuan utamanya dan target puncaknya adlh mencintai Allah. Alangkah indahnya firman Allah yg berbunyi:

...Dia(Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah...(al-Ma'idah:54)

Sejumlah ahli tafsir mengatakan: " Tidak ada yg menghairankan dlm: "...mereka mencintaiNya...." tetapi yg menghairankan adlh: "Dia mencintai mereka..." Allah yg menciptakan, memberi rezeki, melindungi dan memberikan kurniaNya kpd mereka, tetapi Allah juga yg mencintai mereka.

Katakankan (wahai Muhammad): Jika kamu (benar2) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintaimu....(Ali-'Imran: 31)


Cuba perhatikan perbuatan terhormat 'Ali bin Thalib Radhiyallahu 'anhu, yg merupakan mahkota baginya, sehingga ia menjadi seorg yg mencintai Allah dan RasulNya, dan ia pun dicintai oleh Allah dan RasulNya.

Ada seorg sahabat Rasulullah S.A.W yg sgt mencintai surah al-Ikhlas. Bacaan itu selalu diulang2nya dlm setiap rakaat solat, selalu dibaca dlm zikirnya, selalu diucapkannya, selalu diingat untuk menyegarkan hatinya, dan utk menggerakkan anggota tubuhnya. Rasulullah S.A.W
bersabda:
Kecintaanmu kpd surah itu akan menghantarkanmu masuk syurga.


Sungguh indah 2 bait syair yg pernah sy baca dahulu, dlm biografi seorg ulama':


Jika kecintaan seseorang
yang jatuh hati kepada Laila dan Salma
mampu merampas hati dan akalnya
maka apakah yg akan dilakukan
oleh seseorang yg amat mendalam rasa rindunya
kepada Zat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Tinggi?



Firman Allah S.W.T:

Org2 Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adlh putera2 Allah dan kekasihNya. "Katakanlah: "Maka, mengapa Allah menyeksa kamu kerana dosa2mu?"....(al-Ma'idah: 18)


Cerita cinta Majnun terhadap Laila yg sgt terkenal itu, menunjukkan bhwa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya kpd Laila; Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta-benda, Fir'aun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan, tetapi Hamzah, Ja'afar dan Hanzhalah mati kerana cintanya kepada Allah dan RasulNya. Alangkah jauhnya jarak yg memisahkan antara kedua kelompok manusia ini.