salam ukhwah (=

Bagaimana kita nak cinta Rasulullah lebih daripada ibubapa?

1. Perbanyakkan selawat keatas baginda SAW.
2. Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW, iaitu sumber kedua selepas Al-quran. Ada 7 yang utama :

(1) Tahajjud : kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

(2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari: Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

 (3) Solat berjemaah terutama di waktu subuh : Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 (4) Jaga solat Dhuha : kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

(5) Jaga sedekah setiap hari : Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

(6) Jaga wudhu terus menerus : kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

(7) Amalkan istighfar setiap saat : Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan.

Zikir itu adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. 

Mengenal Rasulullah, adalah kekayaan yang tak ternilai harganya bagi kita. Rasulullah dicipta oleh Allah untuk menjadi tauladan. Diamnya, pembicaraannya, tindakan-tindakannya, dari ujung rambut sampai pangkal kakinya, semuanya adalah pelajaran dan menjadi ikutan ummat sepanjang zaman. Keseluruhannya adalah amat berharga dan pembawa jalan keselamatan bagi yang mengikutinya.

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri - Nabi Muhammad SAW