salam ukhwah (=

Scorpene

Pada 16 Mac 2012, mahkamah Perancis telah membuka siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam kelas Scorpene, kembali pada tahun 2002.

Pada 5hb Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol untuk perolehan dua kapal selam kelas Scorpene .


Malaysia tanah tumpah darahku...

Hosni Mubarak (Mesir), Zaen-abidin Ben Ali (Tunisia), Najib (Malaysia)....
Semuanya dikaitkan dgn mahkamah..yg membezakannya..... EX-pemimpin dan pemimpin.
Malaysia...Malaysia....Perdana Menteri sendiri dikaitkan dgn isu kapal selam Scorpene..
Kes Altantuya yang sepi...kembali mencari bukti...


"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia. Peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula Berdasarkan persepsi umum, besar pangkat atau kuasa seseorang, maka besarlah dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)."   - al-Baqarah:188

"Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada "tali" daripada Allah (Agama Allah) dan "tali" daripada manusia (berpegang janji dengan manusia); dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan daripada Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur kepada ayat-ayat Allah dan mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa melampaui batas".  - Ali-'Imran:112