salam ukhwah (=

Seikhlas Cinta Ali

Seorang gadis... mempersonakan..baik kesantunannya..ibadahnya..parasnya... Gadis yang sungguh mengangumkan!

Berita dilamar oleh sahabat paling akrab dgn Rasulullah SAW. Lelaki yg berjuang dgn seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya tatkala perang Badar dijejaki. Lelaki yg pada hari pertamanya sbg seorg muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah!
Adakah iman dan akhlaknya diragui???

"Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."


"La Fatan Illa Alliyan!" Tiada pemuda selain Ali!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Namun takdir Allah mengatasi segalanya.
Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, "Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?" TIDAK! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.

Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber'couple', bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik Allah, bukan milik dirinya.

Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.


Lelaki yang layak dijadikan suami
Lelaki idaman setiap wanita solehah.
Lelaki yang akan membawa keluarganya ke syurga yang kekal abadi.
Lelaki yang cintanya, sampai ke syurga.

Jadilah gentlemen sejati.
Mencintailah seperti gentlemen sejati.
Mencintailah seikhlas Ali!
Itulah gentlemen sejati!